( Surat Dari Iblis) |
Friday, August 14, 2009
SURAT DARI SETAN UNTUK MU
BERBUDI BAHASA BUDAYA KITA
Berbudi bahasa bukan bererti tunduk dan mengalah tak menentu.
Berbudi bahasa bererti mengamalkan sifat-sifat murni kemanusiaan Sejagat.
Budi bahasa ialah asas kehidupan bermaruah dan bertamadun.
SERUAN MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-4
kecemerlangan, kegemilangan dan
keterbilangan kita akan muncul, jika
sekiranya kita menjadi satu bangsa
yang berpekerti mulia, berbudi
tinggi dan berbahasa baik
"Pembangunan modal insan menjadi sangat
penting kepada negara pada masa depan
dan mereka ini mestilah berkualiti, kualiti
bukan sahaja dari segi pendidikan,
kepakaran ... tetapi juga dari segi nilai
moral yang tinggi, bertanggungjawab
dan mengutamakan nilai-nilai
murni dalam kehidupan"
SARANAN Y.B. MENTERI PERPADUAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Rakyat dan kerajaan mesti berjuang bersama
mewujudkan masyarakat yang berhemah dan
berbudi agar tamadun kita tidak hilang
mutu dan keindahan sosialnya
Thursday, August 13, 2009
Budi Bahasa Budya Kita
Etika ketika kita berbahasa penting dalam mencerminkan keperibadian penutur. malah juga penting dalam mencerminkan budaya bangsa kita yang dikatakan indah, aman dan damai ini. Jangan rosakkan kesucian bahasa kita dengan pertuturan kesat yang dengan atau tidak sengaja diluahkan. Mudah untuk kita sebut, tetapi tidak mudah untuk pendengar menerima. Bayangkan anda di tempat pendengar tersebut sendiri, apakah perasaan anda? Berfikirlah dengan matang, bijak dan rasional tentang perkara yang ingin anda perkatakan sebelum memperkatakannya kepada khalayak. Setiap yang diperkatakan mencerminkan keperibadian penutur. Belajar untuk menghormati orang lain sekiranya anda ingin dihormati orang lain. Belajar untuk menjaga hati dan perasaan orang lain sekiranya anda hendak orang lain menghormati perasaan anda. Satu lumrah kehidupan, alah bisa tegal biasa. Kita sudah biasa dengan pertuturan yang kita tuturkan setiap hari dengan rakan-rakan, pensyarah dan orang luar. Jadi tidak salah untuk kita memperkasakan lagi bahasa yang kita gunakan tersebut untuk kegunaan harian yang memerlukan kita berinteraksi dengan orang ramai, khususnya dalam sesuatu perhimpunan. Sucikan diri dari perasaan hasad dengki dan dendam. Ini akan hanya membawa kita kepada luahan perasaan yang tidak bertempat dan secara melulu yang akan menimbulkan ayat-ayat yang tidak disenangi dituturkan. Belajar untuk menghayati keindahan hidup, bukannya belajar untuk menikmati keindahan hidup di dunia ini. Berfikirlah dengan rasional sebelum memulakan perbincangan atau memberikan taklimat mengenai sesuatu perkara sebelum ia dimulakan. Jangan nanti sudah terhantuk baru hendak terngadah. Terlajak perahu boleh diundur balik, terlajak kata buruk padahnya. Setiap insan di dunia ini dilahirkan dengan pelbagai perasaan masing-masing yang bermacam-macam yang kita sendiri pernah merasainya. Pertahankan bahasa kita, martabatkan budaya kita untuk bangsa kita.
Sunday, August 9, 2009

"De day we create our VICTORY...
de moment we share our cries,laugh n happiness..
i will keep dat moment n our victory nite deep inside of my heart...
congrate 2 all of u..my frend..
finally we prove the return of the fallen...",)" Ferija Kulal, 090809
Saturday, August 8, 2009
Projek Terbaik 2008
DENGAN SUKACITANYA
projek Minggu Seni Budaya & Warisan @ MSBW 2008 anjuran pelajar Pengurusan Seni tahun 2 2008 (batch 2007/2010) telah memenangi Anugerah Projek Terbaik 2008 pada Majlis Anugerah Pelajar Unimas 2009 bertarikh 7 Ogos 2009 di Dewan Unimas Kampus Lama. Tahniah kepada semua pelajar Pengurusan Seni 2007/2010 kerana telah berjaya menganjurkan satu projek tahunan program Pengurusan Seni dengan baik dan jayanya seterusnya menaikkan nama Pengurusan Seni di mata dunia. Ketekunan dan kecekalan yang kami hadapi semasa proses menjalankan projek ini telah dibuktikan dengan kejayaan hari ini. walaupun tidak semua pihak yang dapat melihat semua kerja yang kami lakukan, kami redha dan inilah bukti bahawa kami tidak pernah berputus asa dalam melakukan segala aktiviti yang hendak dijalankan dengan hasil titik peluh kami sendiri dan bukannya atas pertolongan pihak-pihak tertentu yang hanya tahu menabur fitnah dan tohmahan yang tidak berasas. Mungkin kami bukan yang terbaik, tetapi kami tetap akan mencuba untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. InsyaAllah..

Thursday, August 6, 2009
Pengurusan Seni Universiti Malaysia Sarawak, Batch 2007/2010
Pelajar Pengurusan Seni batch 2007/2008 semasa tamat Minggu Seni Budaya & Warisan 2008 bersama Mr. Hayato serta arwah Saadiah. Semoga rohnya dirahmati Allah s.w.t..
Wednesday, August 5, 2009
Selamat datang ke blog Art Management. Blog ini diwujudkan khas untuk semua pelajar Art Management atau Pengurusan Seni Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara semua pelajar sama ada yang telah tamat pengajian mahupun baru berjinak-jinak dengan Program Pengurusan Seni ini di UNIMAS. Kami dengan ini mengalu-alukan kedatangan anda semua ke blog kami ini untuk memberikan pandangan dan komen ataupun cadangan yang mana boleh memperbaiki kelemahan kami pada masa hadapan. Anda juga di alu-alukan untuk mengemukakan sesuatu idea, pandangan atau komen anda terhadap semua perkara yang berkaitan dengan Pengurusan Seni, sama ada dalam kalangan pelajar, pengajar, proses pembelajaran, aktiviti dan sebagainya. sesungguhnya cadangan, komen dan idea yang anda sampaikan itu membantu kami untuk sama-sama mencapai cita-cita yang di impikan selama ini. Semoga anda berpuas hati dengan blog ini.
Terima Kasih dari kami,
Art Management @ Pengurusan Seni
Subscribe to:
Posts (Atom)